Monday, July 6, 2009

CERITA CERITA ORANG BIASA



CERITA SATU


Selalunya kalau aku telah bosan menulis atau membaca maka aku akan masuk ke kubur. Tidak adalah nikmat yang paling indah dalam hidup di kota ini melainkan masuk ke kubur. Sebenarnya – aku tidak pernah memilih kubur ini – kubur ini telah sedia wujud sebelum aku diwujudkan. Dari apa yang aku diberitahu umur kubur ini telah melintasi lebih 200 tahun. Bayangkan berapa ramai warga kota kita ini sedang berehat disitu.

Aku yang hidup pun selalu datang meleser untuk sama beristirihat dengan yang sedang mati.

Pernah satu ketika dahulu – ketika aku di sekolah menengah – pada masa itu ada kematian di kampung – aku sudah lupa siapa yang mangkat. Aku – anak lelaki - telah ditugas pergi ke perkuburan – membawa air teh panas dan biskut tawar untuk si penggali kubur.

Bila aku sampai si penggali - Pak Ali dan anaknya telah selesai menggali. Lubang bumi, enam kaki dalam – enam kaki panjang dan tiga kaki luas - tersiap. Tanah liat merah bertimbun. Inilah harta akhir milik manusia seluruh alam sesudah berkubang berhempas pulas menimbun tambah harta hidup. Aku perhatikan, liang lahat telah juga dibuat oleh Pak Ali – satu dudut menghadap kiblat tanda makam penganut agama Islam.

Sambil mengulung rokok daun dan minum tea manis dengan biskut tawar kami bersembang. Lalu aku meminta kebenaran untuk masuk ke dalam liang lahat. Aku di benarkan. Itu kali pertama aku memasuki liang lahat. Pak Ali kini telah arwah dan anaknya telah mendewasa, berkeluarga dan berpindah ke kampong lain yang tidak jauh dari kampong aku. Tugas menggali kubur telah diwarisi oleh anaknya. Hingga ke hari ini bila aku bertemu dengan anak Pak Ali maka dia akan bercerita tentang kesah aku masuk ke liang lahat.

Banyangkan pula - dipinggir kota kita ini ada rahsia tersurok - bumi seluas 300 hektar sedang dihuni oleh batu-batu nesan – pokok-pokok liar, pohon kelapa, pohon sawit, pokok pisang dan kemboja merah, puteh dan kuning. Jalan-jalan kecil yang menyambung satu wilayah dengan yang lain melintasi lembah dan bukit, anak-anak sungai , ikan-ikan liar, kolam ikan, kuil, kandang kambing, anjing-anjing liar – burung dan rumput rampai.

Setiap kali aku ke kubur ini aku akan mendengar heboh sorak sorai nyanyian burung melagukan kegembiraan dan merayakan mayat-mayat yang sedang berehat. Musik burung yang tidak pernah teratur. Ini mengingatkan aku kepada Fredrico Fellini dengan filem Orchestra Rehearsal - sebuah okestera yang telah kehilangan konduktornya.

Satu petang – agak lama dahulu aku berjalan di kubur lalu aku bertemu dengan Dia seorang lelaki yang sedang duduk di gigi kubur. Motosikalnya tercacak tidak jauh dari tempat dia duduk. Di bontot motosikalnya tergantung kopi susu dalam bungkusan plastik. Alat penyedut air terpelecok diikat sama di dalam bungkusan kopi.

Lalu aku mencangkong sama. Kami bersembang. Dia – lelaki ini - peminat suara nyanyian burung terkukur. Bukan peminat suara Jack Brel atau Edith Piaf. Dia memintai suara burung terkukur.

Tidak jauh dari tempat kami duduk ada saekor merbuk terikat di bumi. Burung ini kepunyaan Dia. Burung ini sedang dididik untuk berbunyi, berlagu, menjerit dan bersiul. Sekolah ilmunya di padang rumput kubur ini. Gurunya adalah burung-burung terkukur liar yang berterbangan di kawasan padang kubur. Sambil terbang sambil berbunyi. Suara di udara ini ini hendaknya akan disahut oleh si terkukur yang terikat di bumi. Maka mereka berlagu. Mungkin jatuh cinta. Mungkin jatuh berahi dengan suara. Mungkin datang anggkuh untuk menyerang. Jika anggkuh menyerang maka yang bebas terbang ini terperangkap.

Nah ! Pelbagai makna hidup kita ini.

Lalu Dia bercerita tentang sejarah dan salasilah terkukur dan balam. Dia berkuliah panjang. Terkukur dari Johor bunyinya lebih merdu dari yang lahir di Negeri Sembilan. Terkukur di Pahang amat susah untuk di perangkap. Di Kedah banyak tetapi terlalu jauh untuk dijerati. Awas! Yang terjual di kedai mungkin bukan terkukur liar – mereka mungkin terkukur industri.

Nah ! Aku mendengar kyusuk seperti seorang anak muda sedang mendengar surah tentang rebah bangun lelaki dan betina pada malam pertama sesudah berkahwin.

Oh ! Bagitu indah sekali bumi ini. Bagitu banyak rempah rampai - bermacam-macam jenis manusia atas bumi ini. Rencah dan pelbagai bentuk minat manusia. Si Dia meminati bunyi terkukur.

Lalu aku pun memasang telinga untuk belajar menikmati bunyi si burung. Demi Zeus aku katakan – aku begitu pekak – tidak dapat melihat nikmat syahwat laungan terkukur. Dimana berahinya tidak dapat aku temui. Siulan si Murai boleh aku nikmati. Dendang Kelicap menyedut bunga dapat aku nikmati. Belatok menukul pohon kelapa senang hati aku mendengari. Tetapi terkukur – demi Zeus – entah dimana indahnya.

Tapi dalam hidup ini – tidak semua akan dapat kita fahami – tidak sewajibnya kita memahami semua – tidak mungkin – mustahil - ini lah tanda bahawa kita manusia. Inilah sifat kita - tanda bahawa kita tidak mungkin memahami semua yang wujud. Inilah keindahan alam – terpencar-pencar – terpisah-pisah – tetapi kita terkumpul dalam satu sangkar yang kita namakan kehidupan.

Dia bercerita lagi – rumah keluarganya di Segambut. Selalu datang ke kubur ini kerana inilah kawasan luas – dalam kota - yang berumput rampai. Kawasan ini adalah tarikan utama untuk terkukur liar. Dulu Dia- ketika muda dan ranggi - memiliki warong ikan di pasar Chow Kit. Kini anaknya yang berjualan ikan. Umurnya – entah berapa – akulah lelaki akhir yang tidak dapat memberika ukuran umur nafas manusia.

Dia bercerita - minatnya terhadap terkukur muncul hampir lima tahun dahulu. Setelah bosan dengan ikan dan ketam kini dia beralih dengan terkukur. Dia memiliki empat ekor terkukur- bersangkar di rumah. Yang aku lihat terikat di bumi ialah sang burung yang baru di temui. Kini sang burung seperti anak kecil sedang dididik dan diajar untuk berlagu dan berdendang. Satu hari nanti Dia berharapkan suara sang burung ini akan menghentikan air sungai – akan mematikan gerak awan dan akan dinobat semesta alam.

Sesudah kuliah selesai aku meminta diri untuk terus berjalan ke dalam kubur. Lalu aku terfikir – ada orang mendapat nikmat dari melihat kepala keretapi – ada yang dapat nikmat melihat kapal terbang – ada yang dapat nikmat melihat kapal laut – ada yang mengumpul stem, kad talipon, kotal manchis, barang lama dan seribu satu macam hobi.

Ketika aku membesar aku mengumpul getahmaiann, kotak rokok, tutup botol – tapi semuanya aku tinggalkan bila aku bertemu buku. Dalam perjalanan hidup ini tidak ada yang perlu dihairankan – semua ini kita lakukan agar kita dapat merayakan kehidupan.

Aku mendaki bukit lalu aku melihat seluruh Kuala Lumpur. Demi Zeus – kota ini bagitu indah dilihat dari puncak bukit.

Di atas bukit yang paling tinggi aku tegak berdiri. Telinga aku mendengar deru angin. Kepala aku memandang arah ke kiri - lalu terlihat bangunan talikom. Perlahan-lahan kepala aku begerak – Bukit Pantai, Stesen Lrt Bangsar, Dua Hotel di KL Sentral, Kubah Masjid, Hotel Altantuya, Menara MayBank, Bangunan Petronas, Times Square, wilayah Pudu, Sungai Besi, lebuh besar Terowong Bodoh, lapangan terbang – dan kereta begerak-gerak seperti kotak manchis – bila aku menoleh ke bawah yang aku lihat ialah taburan makam yang berbatu dan bersimen.

Nah – di puncaknya ini – jika Yap Ah Loy dan Tengku Abdulah bangun dari kubur - dan melihat Kuala Lumpur – mereka akan terperanjat dan mati sekali lagi. Atau mungkin Yap Ah Loy dan Tengku Kudin akan menjadi Dia untuk sama-sama meminati suara merdu terkukur dan balam. TT


tukartiub.blogspot.com

Monday, June 29, 2009

mahmoud ahmadinejad


ok..kali ni aku nak tulis pasal benda yang lebih berguna
mmg aku pemalas tapi aku suka baca..pemimpin yang dijolok sbagai singa baru dunia islam
aku tertarik dengan seorg tokoh yang telah lama dinanti oleh dunia islam untuk muncul disaat dunia kapitalis mengalami kejatuhan yang teruk.dia telah hadir tepat pada masa dan bagai dapat meramal kejadian sebegini akan berlaku.seorg yang keras dalam masa yang sama lemah lembut,tidak berjubah dan berketayap hanya sehelai kot dan t-shirt.beliau hanya seorang doktor ilmu pengangkutan,tinggal di suatu jalan mati,rumahnya sederhana dan hanya menggunakan sebuah motokar pegeout tahun 1977.ape yang menarik perhatian,beliau amat berbangga menyapu jalan2 ditehran dan membersihkan longkang2 yang tersumbat ketika dalam perjalanan ke pejabat.Mula tahun 2005 satu dunia bukak mata lihat seorg pemimpin bersikap begitu menjadi presiden iran menewaskan ulama jutawan yang aku xingat nama..ahmadinejad selalu mempersoalkan mengapa nuekler yang dikatakan kuasa besar adalah tidak baik tapi mereka memilikinya.Aku amat memandang tinggi dengan ketokohanya.Beliau bukanlah siapa2..hanya anak seorang tukang besi(kalau xsilap).dan baru2 ni pun beliau masih menang dalam pemilihan presiden iran.ade ke pemimpin malaysia mcmni?kalau ada cepatlah keluar!!!hehehe

Sunday, June 28, 2009

bukan sama mcm hari-hari

sejak pekena mcd semalam aku mcm dirasuk atau dalam bahasa mudahnya mabuk.adekah aku dimandrem oleh restoran mcd yang mungkin ingat aku mawi yang ada rambut?
bosan giler kalau mengarut.bukan sesapa nak layan..mcm mabuk ganja..mabuk2 aku pecut sampai rumah pukul 8malam.disambut macam xpercaya oleh mak aku yang sedang tunggu berita jam 8.macam biasa aku buat muka penat yang akan menimbulkan rasa simpati mendalam..padahal dalam kepala otak malam nnt nak keluar mcm biasa..dalam hati aku gelak kuat2..lakonan macam jadi..tapi aku terlalu menjiwai lakonan sampai aku terlelap kat katil sampai pukul 9.30 malam..telepon bunyi hampir 4kali aku buat deekk je...biasa la..custemer mmg cemburu ngan masa rehat aku..tanye tu..dan tanye lagi..layaaannnnnn
sedar2 kene paku sampai kul 10..aku belakon bersin mcm kena selsema babi.aku selesai mandi aku layan tv sampai pukul 3pagi dan tidur nyenyak sampai pukul 10 pagi..dan sampai sekarang aku masih tgk tv..selalu aku dah keluar g workshop dah ni...mula aku pikir semalam aku xmacam hari ni..capai laptop dan tulis kat sini.aku rasa releks mcm ada rm3juta cash dalam akaun harimau aku..patutkah hari2 aku mcmni?haha duakali..dah aku nak sambung mimpi!

Friday, June 26, 2009

semalam punye cerita

pagi ni aku nak meraban lagi
semalam pagi keje macam biase tp aku bangun awal sikit
aku stat keta protune yang berharga 1.2 juta aku tu lalu pecut pegi umah labu
memang hari2 aku amik dia..kalau aku malas memandu dia akan amik aku plak.
selalu nya aku amik dia la pasai kalau dari klcc akan jumpa rumah die dulu!
tapi selalu die amik aku jugak la sbb jalan umah die jem!mcm keling x?
sampai opis buat kje alakadar pas2 g smyg jumaat
mula2 mmg la rasa nak smyg jumaat tapi ingat pulak yang ade barang blom amik
ape barang?barang baeekkkk la..haha
aku stat lagi ferari custemer yang berharga 30ribu lalu pecut ke ampang kedai sephia..amacam name awek kedai spepart ni?alaa..lupe..die dah kawin..haaha
selesai angkat barang.pecut pakai akleh balik kampung baru
dalam pejalanan bawak laju2..xlaju pun!
petang tu keje main2
datang pulak kastemer yang sangat hensem dari raub yang bawak wiros berharga 109juta
bernadi injin ****** aku kene paku sampai kul 9malam
susah betl nak balik awal
balik plak kene singgah minum..lapa..order capati
lapa lagi..ingat perut aku ni makin subur aku matikan niat
dah balik kene paku plak ngan bapak aku pasal keje
aku tengok tv sampai kul 2.30 pagi..
dan lelap selepas tu?dari perjalanan hidup aku yang purata nya seperti semalam aku masih manusia ke?

Thursday, June 25, 2009

Michael Jackson Dead at 50




Singer Michael Jackson dead at 50 The pop star was rushed to UCLA Medical Center Thursday afternoon and reportedly suffered cardiac arrest. http://www.msnbc.msn.com/id/31552029/from/ET/



Michael Jackson, the sensationally gifted “King of Pop” who emerged from childhood superstardom to become the entertainment world’s most influential singer and dancer before his life and career deteriorated in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50.
The circumstances of his death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.
Jackson’s death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music’s premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.

Wednesday, June 24, 2009

cuba teka kereta apa?

kesian kan kereta ni?
harga ratus2 ribu
penyamun amik skali suma togel daaa
kesian...menangis owner
ok..tugas aku plak tolong claimkan kat insuran barang2 yang hilang tu dan jadikan balik kereta ni sebuah kereta yang cukup sifat
ni kereta idaman aku gak ni
toyota caldina
kesiiaannnnn

Thursday, June 4, 2009

stim


jalan2 tadi lepak2 kat trafik light perasan satu kete ni
cayalah..eSTIMa
hahahahahaha