
walaupun benda macam ni dianggap biasa oleh masyarakat kebanyakkan tetapi bagi gua ini satu pengalaman yang menakutkan selain gua naik cawan pusing dekat sunway lagoon.pelbagai alasan gua gunakan supaya tidak terjebak dengan kapal terbang dan akhirknya gua akur dengan keputusan tegas makwe gua.
perjalanan singkat dengan kelajuan 700km/j dan sikit pun tidak risau saman merupakan besi paling berkuasa yang gua pernah naik setakat ini.disamping rasa malu gua pada brader yang gua terpakai dia punya tali keselamatan dan bila brader tu mintak balik tali keselamatan dia gua pulak tak tahu bukak macam mana.benda-benda dalam kapal terbang sepatut nya ada buku manual atau penumpang layak mendapat seorang satu pramugari untuk membimbing lelaki pertama kali macam gua ni.gua harap brader tu tak geli sangat bukakkan tali keselamatan dan diharap kita tak berjumpa lagi.



1 buah fikiran:
haha, ala cute nya! :)
Post a Comment